Monday, June 26, 2006

Sesi Ke-2 : Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

Fuh..Sambutan yang begitu hangat untuk seminar RBDDI sesi 1. Syabas kepada Team SaifulSham. Seramai 40 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk seminar sesi 1 ini. Memandangkan sambutan yang begitu hangat, Team SaifulSham akan mengadakan seminar RBDDI sesi ke-2 pula. Kepada anda yang berminat dan ingin menghadiri seminar tersebut sila klik di sini.

Selain itu anda juga boleh menyertai SaifulSham Affiliates secara PERCUMA dan SaifulSham Affiliates akan membayar anda sejumlah RM50 bagi setiap jualan yang anda hasilkan. Menarik tu. Tunggu apa lagi. Daftarlah sekarang.

Monday, June 19, 2006

Seminar Oh Seminar

Team SaifulSham akan menganjurkan satu seminar bertajuk "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" pada 8 Julai 2006 nanti. Saya cukup kagum melihatkan kesungguhan 2 orang anak muda ini mencurahkan ilmu mereka. Teringin juga bersua muka dengan mereka. Nak pulak salah seorang dari mereka berasal dari Kuantan (orang Pahang jugak rupanya).

Hari ini perniagaan internet di Malaysia semakin berkembang. Banyak rahsia² yang semakin dibongkar dan tak jadi rahsia lagi. Ramai juga yang telah menjana sejumlah pendapatan yang lumayan dari industri ini. Sama ada dalam diam atau sebaliknya. Dan juga secara sepenuh masa atau separuh masa.

Pembaca² sekalian.

Kenapa saya menghadiri seminar ini?

Pertama adalah kerana untuk mendapatkan ilmu. Memanglah boleh cari kat internet. Percuma pulak tu ye. Tapi harus diingat, masa yang diperuntukkan untuk "mencari" ibarat meredah hutan belantara tanpa peta. Susahkan kalau tak de peta. Peta itulah yang menjadi panduan kita.

Selain itu saya juga ingin berjumpa dengan rakan² yang telah menceburi bidang ini. Manala tau kot² boleh JV. He he. Masing² ada pengalaman yang boleh dikongsi. Seterusnya saya boleh menambahkan kenalan baru terutamanya mereka yang telah lama menceburi bidang ini dan membina network perniagaan saya.

Untuk maklumat lanjut berkenaaan seminar tersebut sila klik di link berikut :

SEMINAR RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET

Jangan lepaskan peluang ini. Kita jumpa di sana.

Thursday, June 15, 2006

Proses Pembelian Rumah

Baiklah, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa proses pembelian rumah. Apa yang akan saya kongsikan dan ceritakan kepada anda adalah berdasarkan apa yang saya tahu dan dari pengalaman yang telah saya lalui.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli rumah. Antaranya kemampuan kewangan. Wang yang dibayar setiap bulan untuk rumah yang dibeli biasanya lebih tinggi dari wang rumah sewa. Sebagai contoh, sekiranya menyewa kita membayar RM300 sebulan tetapi kita membayar RM850 untuk rumah yang dibeli. Perbezaan sebanyak RM550 sebulan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kita.

Selain itu, yang penting juga adalah lokasi dan kedudukan rumah tersebut. Saya lebih suka lokasi yang tenteram dan aman. Kawasan perumahan yang padat dan ramai penduduk amat tidak selesa (kawasan perumahan saya hanya ada 30 buah rumah sahaja). Kawasan perumahan yang berdekatan dengan kemudahan asas seperti sekolah dan klinik menjadi pilihan saya.

Anda jangan terkejut kerana saya membeli rumah yang telah siap. Ini kerana saya tidak mahu mengambil risiko seperti yang kita lihat di media. Sebelum membeli rumah tersebut saya telah melihatnya dan telah ada di depan mata. Bukan masih terbayang² bagaimana la rumah itu siap nanti. Kepuasan melihat rumah yang ada di depan mata berbeza dengan melihat pelan rumah sebelum membeli.

Ok, sekarang saya akan ceritakan proses pembelian rumah pula.
Setelah berpuashati dengan rumah tersebut, saya terus menghubungi pihak pemaju. Di sini pemaju akan meminta deposit ataupun wang tempahan. Setelah berbincang saya membayar 1% dari harga rumah. Biasanya 10%. Siap dapat 2 kotak limau lagi. He he. Sebab dah dekat CNY.

Kemudian cari bank yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar yang memuaskan hati kita. Kalau nak senang cari pinjaman 100%. Jadi kita tak perlu bayar deposit. Tetapi pastikan kita layak untuk membuat pinjaman tersebut. Kalau tak layak susahla. Lagi senang sekiranya anda kenal dengan kakitangan bank tersebut. Proses pinjaman perumahan anda akan lebih senang.

Untuk lebih selamat, saya cadangkan 2 proses di atas berjalan serentak untuk membolehkan anda ke langkah seterusnya.

Langkah seterusnya, dapatkan peguam. Biasanya pemaju telah menyediakan peguam mereka sendiri. Jika tidak anda dikehendaki mencari peguam lain. Tetapi suka saya ingatkan supaya anda mencari 3 atau 4 orang peguam (kalau dapatla) dan buat perbandingan yuran guaman yang dikenakan. Biasanya setiap peguam mengenakan yuran yang berbeza (bergantung kepada budi bicara, kalau nak bayar ansur² yuran guaman pun boleh try) walalupun ada piawaian/standard jumlah yuran yang telah ditetapkan.

Setelah proses di atas selesai dan beberapa perjanjian telah ditandatangani, kini rumah itu milik saya. Tunggu sahaja tarikh penyerahan kunci rumah (pemaju saya siap buat majlis makan² lagi).

Untuk rumah pula, saya keluarkan perbelanjaan untuk 3 perkara sahaja iaitu pemasangan grill besi (banyak jugak kos kalau rumah semi d sebab banyak tingkap), lampu dan kipas (harap maaf, pamaju tak sediakan) dan langsir (kayu langsir dan kain langsir). Itu sahaja. Kalau nak ubahsuai tu kenala tambah lagi ye.

Dan yang akhir sekali sebelum menaiki rumah, lakukan beberapa perkara seperti membaca ayat Al-Quran, takbir dan sebagainya supaya mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku (seram jugak nih). Boleh juga dapatkan petua orang dulu².

Salam hormat.

Monday, June 12, 2006

Pembelian Rumah Saya yang Pertama

Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi kerana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Setelah memiliki keluarga, kini tiba pula keinginan untuk memilki rumah yang pertama. Memang hajat di hati ingin memiliki rumah pada usia muda (kini 27 tahun) dan telah lama saya impikan. Sebelum ini saya sekeluarga menyewa sebuah rumah selama 2 tahun. Bayangkan berapa wang yang telah saya keluarkan untuk membayar duit sewa selama tempoh itu. Dengan adanya rumah sendiri saya mempunyai kelebihan berbanding menyewa rumah orang. Untuk post seterusnya saya akan ceritakan proses yang saya lalui semasa membeli rumah supaya kita dapat berkongsi pengalaman. Kerana saya rasakan proses ini begitu mudah dan senang. Mungkin juga saya bernasib baik. Harap² kita semua bernasib baik.