Wednesday, July 05, 2006

Tokey Getah

Baru-baru ni saya ada berborak dengan seorang kenalan. Dalam diam beliau telah menjalankan perniagaan jual beli getah. Dari perbualan kami, saya dapati ada beberapa info dan tips yang menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. Walaupun perniagaan ini berbeza dengan internet tapi apa yang beliau lakukan untuk menarik pelanggan dan mengekalkan pelanggan boleh kita adaptasikan dengan perniagaan internet (bak kata SaifulSham overdeliver).

Beliau telah menjalankan perniagaan ini 8 bulan yang lalu. Selepas mendapat lesen dari RISDA barulah boleh menjalankan perniagaan ini secara sah. Itupun nak tunggu kelulusan dari RISDA selama 1 tahun. Namun penantian beliau berbaloi.

Saya kagum kerana beliau dapat mencari peluang yang tak semua orang fikirkan (Irfan Khairi - berfikir diluar kotak). Sejak harga getah naik semua orang nak jadi penoreh. Yang dari Kuala Lumpur pun nak balik toreh getah kat kampung. Tetapi beliau berfikir sebaliknya. Jika ramai yang jadi penoreh, siapa pula yang nak jadi pembeli getah?

Bermula dengan sebuah lori dan seorang pekerja, beliau memulakan perniagaan ini. Memang lah agak sukar pada mulanya walaupun tinggal di kampung sendiri. Dalam masa sebulan beliau langsung tidak mendapat pelanggan. Namun sikap tidak berputus asa dan azam yang tinggi untuk berjaya suatu hari nanti membuatkan beliau meneruskan usahanya.

Bulan ke-2 barulah ada pelanggan. Ini yang membuatkan beliau semakin yakin. Apabila sudah ada pelanggan, maka beliau mencari jalan bagaimana hendak melipatgandakan pelanggan. Yang pertama harga. Rupanya orang kampung ni hendakkan harga yang tinggi walaupun tak banyak. Macam ni, katakan tokey A tawarkan harga RM4.00/kg getah dan tokey B RM3.95/kg. Cuma beza 5 sen/kg. Kita pun akan pilih tokey A kan? Jadi kesan pada tokey A ni ialah untung kurang sikit la sebab membeli pada harga yang lebih tinggi. Tapi beliau boleh menarik ramai lagi pelanggan rasanya memang cukup berbaloi. Katakan orang kampung jual 100 kg getah. Maka beza harga cuma RM5. Memang berbaloi keluarkan RM5 tapi dapat lagi ramai pelanggan. Betul tak? Jadi semakin ramai orang kampung menjual getah kepada beliau.

Dah dapat tak tips tadi? Bukan susah sangat kan nak turunkan 5 sen. Macam kita beli barangan runcit/dapur kat kedai. Kalau mahal 10 sen pun kita terasa.

Untuk post akan datang saya akan kongsikan tips yang seterusnya. Ok.

4 Comments:

At Wednesday, July 05, 2006 10:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

tips yang menarik. tapi ada jugak orang yang tak pandai berniaga. turun harga sampai gila², menyebabkan industri rosak.

 
At Wednesday, July 05, 2006 10:37:00 PM, Blogger rasidyusoff said...

ye la..kalo dah turun sampai tak de untung, susah juga..kalau nak main harga pun biarla berpada²..

 
At Tuesday, July 18, 2006 6:49:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Menarik cerita ni. Walaupun menaikkan sedikit harga dapat keuntungan yang lebih.

 
At Sunday, March 23, 2008 9:15:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Askum wbt,
Saya berminat nak berkenalan dgn sahabat sdr kerana saya mmg terpikir nak buat bisnes getah kat kg saya yg mana dimonopoli oleh kaum lain. Harap dpt hubungi saya di talian 014-2370302 (Ahmad).

TK, wassalam.

 

Post a Comment

<< Home