Thursday, June 15, 2006

Proses Pembelian Rumah

Baiklah, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa proses pembelian rumah. Apa yang akan saya kongsikan dan ceritakan kepada anda adalah berdasarkan apa yang saya tahu dan dari pengalaman yang telah saya lalui.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli rumah. Antaranya kemampuan kewangan. Wang yang dibayar setiap bulan untuk rumah yang dibeli biasanya lebih tinggi dari wang rumah sewa. Sebagai contoh, sekiranya menyewa kita membayar RM300 sebulan tetapi kita membayar RM850 untuk rumah yang dibeli. Perbezaan sebanyak RM550 sebulan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kita.

Selain itu, yang penting juga adalah lokasi dan kedudukan rumah tersebut. Saya lebih suka lokasi yang tenteram dan aman. Kawasan perumahan yang padat dan ramai penduduk amat tidak selesa (kawasan perumahan saya hanya ada 30 buah rumah sahaja). Kawasan perumahan yang berdekatan dengan kemudahan asas seperti sekolah dan klinik menjadi pilihan saya.

Anda jangan terkejut kerana saya membeli rumah yang telah siap. Ini kerana saya tidak mahu mengambil risiko seperti yang kita lihat di media. Sebelum membeli rumah tersebut saya telah melihatnya dan telah ada di depan mata. Bukan masih terbayang² bagaimana la rumah itu siap nanti. Kepuasan melihat rumah yang ada di depan mata berbeza dengan melihat pelan rumah sebelum membeli.

Ok, sekarang saya akan ceritakan proses pembelian rumah pula.
Setelah berpuashati dengan rumah tersebut, saya terus menghubungi pihak pemaju. Di sini pemaju akan meminta deposit ataupun wang tempahan. Setelah berbincang saya membayar 1% dari harga rumah. Biasanya 10%. Siap dapat 2 kotak limau lagi. He he. Sebab dah dekat CNY.

Kemudian cari bank yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar yang memuaskan hati kita. Kalau nak senang cari pinjaman 100%. Jadi kita tak perlu bayar deposit. Tetapi pastikan kita layak untuk membuat pinjaman tersebut. Kalau tak layak susahla. Lagi senang sekiranya anda kenal dengan kakitangan bank tersebut. Proses pinjaman perumahan anda akan lebih senang.

Untuk lebih selamat, saya cadangkan 2 proses di atas berjalan serentak untuk membolehkan anda ke langkah seterusnya.

Langkah seterusnya, dapatkan peguam. Biasanya pemaju telah menyediakan peguam mereka sendiri. Jika tidak anda dikehendaki mencari peguam lain. Tetapi suka saya ingatkan supaya anda mencari 3 atau 4 orang peguam (kalau dapatla) dan buat perbandingan yuran guaman yang dikenakan. Biasanya setiap peguam mengenakan yuran yang berbeza (bergantung kepada budi bicara, kalau nak bayar ansur² yuran guaman pun boleh try) walalupun ada piawaian/standard jumlah yuran yang telah ditetapkan.

Setelah proses di atas selesai dan beberapa perjanjian telah ditandatangani, kini rumah itu milik saya. Tunggu sahaja tarikh penyerahan kunci rumah (pemaju saya siap buat majlis makan² lagi).

Untuk rumah pula, saya keluarkan perbelanjaan untuk 3 perkara sahaja iaitu pemasangan grill besi (banyak jugak kos kalau rumah semi d sebab banyak tingkap), lampu dan kipas (harap maaf, pamaju tak sediakan) dan langsir (kayu langsir dan kain langsir). Itu sahaja. Kalau nak ubahsuai tu kenala tambah lagi ye.

Dan yang akhir sekali sebelum menaiki rumah, lakukan beberapa perkara seperti membaca ayat Al-Quran, takbir dan sebagainya supaya mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku (seram jugak nih). Boleh juga dapatkan petua orang dulu².

Salam hormat.

4 Comments:

At Thursday, June 15, 2006 11:20:00 PM, Blogger hasrul said...

cantekk

 
At Friday, June 16, 2006 12:22:00 AM, Blogger rasidyusoff said...

apa yg cantekk?? rumah ke post tu yg cantekk..tapi rumah memang cantekk la(angkat bakul)..he he..post lepas ni baru masuk bab Perniagaan Internet..

 
At Sunday, June 18, 2006 7:23:00 PM, Blogger rasidyusoff said...

zul, nanti sampai masa boleh la beli rumah..mesti kena ada rumah sendiri nanti..ya kita jumpa di sana..

 
At Thursday, November 27, 2008 8:27:00 AM, Anonymous Anonymous said...

bagus jgak info ni..kebetulan skang sye tgh dalam proses membeli rumah.. pening jugak.. banyak yg saya x tau prosedur2 nya. itu pun sya cuma rujuk dan tanya pendapat pada 2 orang kawan saja setakat ni.. skrang sya baru peringkat tunggu bank luluskan.. serius cakap urusan ni buat sye biol.. harap cepat la lepas dari semua ni . yg penting sya nak rumah sendiri .hehe

 

Post a Comment

<< Home