Pembelian Rumah Saya yang Pertama
Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi kerana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Setelah memiliki keluarga, kini tiba pula keinginan untuk memilki rumah yang pertama. Memang hajat di hati ingin memiliki rumah pada usia muda (kini 27 tahun) dan telah lama saya impikan. Sebelum ini saya sekeluarga menyewa sebuah rumah selama 2 tahun. Bayangkan berapa wang yang telah saya keluarkan untuk membayar duit sewa selama tempoh itu. Dengan adanya rumah sendiri saya mempunyai kelebihan berbanding menyewa rumah orang. Untuk post seterusnya saya akan ceritakan proses yang saya lalui semasa membeli rumah supaya kita dapat berkongsi pengalaman. Kerana saya rasakan proses ini begitu mudah dan senang. Mungkin juga saya bernasib baik. Harap² kita semua bernasib baik.
3 Comments:
Tahniah Rashid,
Memang nak beli rumah amat sukar dan pelbagai masalah yang perlu dihadapi...tapi bila dah ada rumah sendiri rasa berbaloi juga sebab rumahku syurgaku...
Teruskan usaha anda untuk berkongsi pengalaman ini
Tahniah juga daripada saya. Langkah membeli rumah adalah salah satu langkah yang paling bijak. Teruskan usaha. Kesian betul saya tengok orang yang kena tipu dengan developer tu. Duit dah bayar, rumah tak siap-siap ataupun kualiti takde. retak sana, retak sini dan macam-macam lagi. Boleh ler saudara rashid kongsi kat sini tipsnya. hehe.
farid >> fuiyoo..memang rumahku syurgaku..seronok tak terkata..
hasrul >> mcm² hal pasal rumah ni kat tv..yg jadi mangsa adalah pembeli..diharap pengalaman saya ini dpt membantu mereka yg lain utk membeli rumah..
Post a Comment
<< Home