Thursday, August 17, 2006

Petua Jutawan Bila Umur Pencen

Hello pembaca sekalian,

Dah lama saya menyepikan diri. Bukan apa tapi kerana saya terlalu sibuk dengan projek selepas saya menghadiri seminar RBDDI. Jika diizinkan saya akan melancarkan website pertama saya dalam masa terdekat.

Biasanya ramai orang nak jadi jutawan dalam usia muda. Tapi kadang-kadang semua tinggal angan-angan. Untuk menjadi jutawan sama ada kita ada perniagaan yang memberi pulangan lumayan dan juga disiplin untuk kita menyimpan duit. Ini tidak termasuk jutawan sekelip mata. Bermakna kena ada usaha ke arah itu.

Habis tu bagaimana kalau saya tidak mempunyai perniagaan sendiri?

Ya, anda mempunyai pilihan yang kedua iaitu menyimpan.

Berapa saya kena simpan?

Anda kena ada target. Di sini saya mengambil contoh diri saya sendiri. Sekarang umur saya 27 tahun. Saya ingin menjadi jutawan pada umur 55 tahun. Bermakna saya ada masa selama 28 tahun untuk menyimpan. Jadi jumlah yang saya perlu simpan adalah sebanyak RM600 sebulan. Kalau dikira jumlah pada tahun ke-28 adalah RM201600. So masih belum jutawan lagi kan?

Tapi sekiranya ada menyimpan sebagai contoh di ASB (saya anggarkan dividen dlm 8% setahun) atau di Bank Rakyat (15% setahun tapi buat masa ni kena masuk waiting list) anda boleh menjadi jutawan.
Perkiraan saya adalah berdasarkan dividen 8% setahun.

Dengan simpanan tetap setiap bulan sebanyak RM600 (ibarat bayar kereta) anda boleh menjadi jutawan tapi pada umur 55 tahun nanti. Okla jugak kan?

Tak kira umur anda berapa yang penting anda kena letakkan bila atau pada umur berapa anda nak jadi jutawan. Semakin pendek tempoh semakin banyak la duit yang perlu disimpan. Jadi buatlah simpanan pada umur yang muda.

Sehingga kita berjumpa lagi.

5 Comments:

At Monday, August 21, 2006 8:03:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Ya..... memang betul ape yang kau cakap..

 
At Wednesday, August 30, 2006 7:41:00 PM, Blogger Azaharuddin said...

tak sabar nak tunggu website pertama abang kadir kita nih..gud luck bro..!! ;)

 
At Wednesday, September 06, 2006 7:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

saya rasa blog awak nih boleh guna theme yang baik.. cuba kemas kini kan jadi lebih menarik.. :)

pergi kat google search .. taip

download themes blogspot

diharap ianya dapat membantu anda :)

 
At Sunday, September 10, 2006 11:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

tak sabar nak tunggu website biz pertama saudara, anyway good luck

 
At Thursday, September 28, 2006 12:36:00 AM, Anonymous Anonymous said...

good luck.. cepatĀ² ler jadi jutawan

 

Post a Comment

<< Home