Thursday, August 17, 2006

Petua Jutawan Bila Umur Pencen

Hello pembaca sekalian,

Dah lama saya menyepikan diri. Bukan apa tapi kerana saya terlalu sibuk dengan projek selepas saya menghadiri seminar RBDDI. Jika diizinkan saya akan melancarkan website pertama saya dalam masa terdekat.

Biasanya ramai orang nak jadi jutawan dalam usia muda. Tapi kadang-kadang semua tinggal angan-angan. Untuk menjadi jutawan sama ada kita ada perniagaan yang memberi pulangan lumayan dan juga disiplin untuk kita menyimpan duit. Ini tidak termasuk jutawan sekelip mata. Bermakna kena ada usaha ke arah itu.

Habis tu bagaimana kalau saya tidak mempunyai perniagaan sendiri?

Ya, anda mempunyai pilihan yang kedua iaitu menyimpan.

Berapa saya kena simpan?

Anda kena ada target. Di sini saya mengambil contoh diri saya sendiri. Sekarang umur saya 27 tahun. Saya ingin menjadi jutawan pada umur 55 tahun. Bermakna saya ada masa selama 28 tahun untuk menyimpan. Jadi jumlah yang saya perlu simpan adalah sebanyak RM600 sebulan. Kalau dikira jumlah pada tahun ke-28 adalah RM201600. So masih belum jutawan lagi kan?

Tapi sekiranya ada menyimpan sebagai contoh di ASB (saya anggarkan dividen dlm 8% setahun) atau di Bank Rakyat (15% setahun tapi buat masa ni kena masuk waiting list) anda boleh menjadi jutawan.
Perkiraan saya adalah berdasarkan dividen 8% setahun.

Dengan simpanan tetap setiap bulan sebanyak RM600 (ibarat bayar kereta) anda boleh menjadi jutawan tapi pada umur 55 tahun nanti. Okla jugak kan?

Tak kira umur anda berapa yang penting anda kena letakkan bila atau pada umur berapa anda nak jadi jutawan. Semakin pendek tempoh semakin banyak la duit yang perlu disimpan. Jadi buatlah simpanan pada umur yang muda.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Friday, July 28, 2006

Satu Penghargaan..Satu Semangat..

Hello pembaca sekalian,

Pagi tadi saya telah mendapat satu email dari SaifulSham. Email ini dihantar istimewa kepada semua affiliate mereka (jika anda mahu menjadi affiliate SaifulSham sila klik di sini). Saya terkejut apabila membacanya kerana nama saya berada dalam Top Affiliate. Di samping tersenarai dalam top affiliate, saya juga mendapat hadiah berupa seutas jam tangan Swatch (terima kasih tak terhingga kepada Team SaifulSham). Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang berada dalam Top Affiliate pada bulan ini.

Wah wah. Dah la berada dalam Top Affiliate. Dapat pulak jam tangan pastu dapat lagi komisyen. Memang berbaloi. Yeahhh..itulah kelebihan menjadi affiliate. Tetapi sebelum itu beranikan lah diri anda untuk menghadiri seminar RBDDI sesi ke-3. Jika berminat anda boleh mendaftarkan diri sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Ok.

Jadi apakah kesan yang saya terima apabila membaca email dari SaifulSham pagi tadi? Mestilah ceriakan. Saya terus ceritakan kepada isteri saya semasa sarapan pagi tadi (bocor plak rahsia..ada hati nak mengaku masih bujang). Isteri saya tersenyum lebar. Dah la hari Jumaat, dapat berita baik pulak tu. Syukur ke hadrat Illahi.

Jadi kepada anda pembaca blog saya ini. Jangan ragu-ragu. Jangan nak pikir panjang lagi. Klik sahaja kat link tersebut. Jangan lepaskan peluang ini. Wassalam. Jumpa lagi.

Wednesday, July 19, 2006

Sesi Ke-3 : Seminar RBDDI

Wah-wah..dah masuk sesi ke-3 Seminar RBDDI ni rupanya..memang sambutan begitu menggalakkan..amat-amat menggalakkan..letih la Team SaifulSham kena berkerja keras lagi..

Kepada anda yang ketinggalan sesi pertama dan sesi ke-2, anda masih berpeluang untuk menghadirinya pada sesi ke-3 yang akan diadakan pada 09/09/06 (cantek tarikh nih)..ni kira dekat nak puasa la ek..semoga anda akan dibekalkan ilmu yang mencukupi semasa seminar nanti dan jangan malu-malu nak bertanya..tanya la apa-apa pun walaupun soalan yang asas..jangan malu..inilah masanya anda nak bertanya sebarang soalan kepada mereka..jangan menyesal balik seminar nanti sudah la..

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di atas tu atau klik di sini. Ingat!!! Jgn lepaskan peluang untuk berguru dengan mereka..

Kepada yang ingin menjadi SaifulSham affiliate, anda dialu-alukan..anda juga akan memperoleh komisyen yang lumayan..sila klik di sini untuk menjadi SaifulSham affiliate..

Semoga berjaya..

Monday, July 10, 2006

Seminar RBDDI SaifulSham : Review

Saya telah menghadiri seminar tersebut. Bermula jam 9 pagi dan berakhir agak lewat iaitu pada jam 6.30 ptg. Masa berlalu begitu pantas kerana syoknya seminar SaifulSham ni. Apa yang ingin saya katakan bahawa seminar ini memang ada kelas tersendiri. Kedua² anak muda ini begitu bersemangat dan berpengalaman dalam bidang mereka.

Ketibaan saya disambut oleh Sabri dan semasa mendaftarkan diri berjumpa pula dengan zul smartusaha. Seterusnya tercari² jugak Syazwan. Maklumla sebelum ni hanya kenal gambar pada banner saudagar.com.my sahaja.

Saya cukup kagum kerana dalam usia muda mereka telah mempunyai perniagaan internet sendiri dan menghasilkan pendapatan lumayan walaupun masih belajar. Sehinggakan mereka boleh mengendalikan seminar sebegini rupa. Mereka juga bermula dari bawah dengan membuat kajian tentang perniagaan internet ini. Banyak juga tips² yang hanya boleh saya dapati dalam seminar ini. Semuanya saya catatkan dalam buku untuk dijadikan rujukan saya nanti.

Kesimpulannya, seminar ini memang sesuai tidak kira kepada anda yang baru menceburi perniagaan internet ataupun sudah lama. Kepada yang sudah ada pengetahuan asas lagi bagus tetapi yang tiada pengetahuan asas, mereka akan bantu anda. Jangan risau. Mereka berdua memang friendly. Mereka akan bantu anda sehingga berjaya.

Kepada C3 team, Najmi, Hafiz dan Zaza..anda memang hebat. Syabass

Kepada anda yang terlepas Seminar RBDDI Sesi 1, anda boleh mendaftarkan diri untuk sesi 2. Masih byk tempat kosong lagi. Sila klik di sini.

Wednesday, July 05, 2006

Tokey Getah

Baru-baru ni saya ada berborak dengan seorang kenalan. Dalam diam beliau telah menjalankan perniagaan jual beli getah. Dari perbualan kami, saya dapati ada beberapa info dan tips yang menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. Walaupun perniagaan ini berbeza dengan internet tapi apa yang beliau lakukan untuk menarik pelanggan dan mengekalkan pelanggan boleh kita adaptasikan dengan perniagaan internet (bak kata SaifulSham overdeliver).

Beliau telah menjalankan perniagaan ini 8 bulan yang lalu. Selepas mendapat lesen dari RISDA barulah boleh menjalankan perniagaan ini secara sah. Itupun nak tunggu kelulusan dari RISDA selama 1 tahun. Namun penantian beliau berbaloi.

Saya kagum kerana beliau dapat mencari peluang yang tak semua orang fikirkan (Irfan Khairi - berfikir diluar kotak). Sejak harga getah naik semua orang nak jadi penoreh. Yang dari Kuala Lumpur pun nak balik toreh getah kat kampung. Tetapi beliau berfikir sebaliknya. Jika ramai yang jadi penoreh, siapa pula yang nak jadi pembeli getah?

Bermula dengan sebuah lori dan seorang pekerja, beliau memulakan perniagaan ini. Memang lah agak sukar pada mulanya walaupun tinggal di kampung sendiri. Dalam masa sebulan beliau langsung tidak mendapat pelanggan. Namun sikap tidak berputus asa dan azam yang tinggi untuk berjaya suatu hari nanti membuatkan beliau meneruskan usahanya.

Bulan ke-2 barulah ada pelanggan. Ini yang membuatkan beliau semakin yakin. Apabila sudah ada pelanggan, maka beliau mencari jalan bagaimana hendak melipatgandakan pelanggan. Yang pertama harga. Rupanya orang kampung ni hendakkan harga yang tinggi walaupun tak banyak. Macam ni, katakan tokey A tawarkan harga RM4.00/kg getah dan tokey B RM3.95/kg. Cuma beza 5 sen/kg. Kita pun akan pilih tokey A kan? Jadi kesan pada tokey A ni ialah untung kurang sikit la sebab membeli pada harga yang lebih tinggi. Tapi beliau boleh menarik ramai lagi pelanggan rasanya memang cukup berbaloi. Katakan orang kampung jual 100 kg getah. Maka beza harga cuma RM5. Memang berbaloi keluarkan RM5 tapi dapat lagi ramai pelanggan. Betul tak? Jadi semakin ramai orang kampung menjual getah kepada beliau.

Dah dapat tak tips tadi? Bukan susah sangat kan nak turunkan 5 sen. Macam kita beli barangan runcit/dapur kat kedai. Kalau mahal 10 sen pun kita terasa.

Untuk post akan datang saya akan kongsikan tips yang seterusnya. Ok.

Tuesday, July 04, 2006

Cd Video Membina Laman Web Dalam Masa 1 Hari Sahaja

Ini bukan Cd biasa. Saya ingin menjual kepada anda ilmu yang unik, petua yang pantas dan teknik yang jarang anda temui dimana-mana. Semuanya ada didalam Cd Tersebut. Ingat ! ini bukan e-book ! Saya jual video ! anda tidak akan cepat pandai jika saya mengajar anda dengan e-book. E-book, anda boleh baca tetapi kalau saya, saya akan cepat mengantuk, tidur dan sambung esok. E-book tidak boleh disertakan dengan gambar bergerak, kalau ada yang buat ebook bersama video saya lebih suka panggil ebook dan evideo, Ebook tidak boleh membaca untuk anda. Video boleh ! Sebab itulah saya guna video untuk mengajar anda. Ini Fakta ! Satu minit penerangan didalam video adalah sama atau lebih daripada 3 muka surat didalam e-book. Sebab itu kita lihat apabila sesorang menerbitkan buku, mereka akan wujudkan pula seminar. Mereka kata "...tidak semua perkara dapat dibukukan...." atau "...kandungan buku adalah terhad..." Konsep seminar adalah sama dengan video rakaman saya, boleh lihat, boleh dengar, boleh baca ! soal jawab anda boleh lakukan melalui email atau laman web saya.

Maklumat lanjut sila klik di sini.

Monday, July 03, 2006

Kelas Adsense Sehari Bersama Kidino & Shuth

Kepada anda yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan Adsense, elok rasanya anda menghadiri kelas ini. Yang bestnya anda akan berkongsi pengalaman dan berguru dengan 2 orang otai yang telah lama dalam bidang ini dan membuat pendapatan lumayan iaitu Kidino dan Shuth.

TARIKH & TEMPAT

Sabtu, 15 Julai 2006
Selangor Human Resource Development Centre, World Wide Business Centre, Shah Alam, Selengor
(berdekatan Tesco dan Pusat Akuatik)

Dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
(makan tengahari dan minum pagi dan petang disediakan).

Maklumat lanjut boleh layari Kelas Adsense.